Sunday, September 30, 2007

kesan pembandaran


Wujud rumah setinggan


penduduk ramai yang dating ke Bandar menyebabkan kurangnya penempatan.Jadi penduduk terpaksa membina rumah setinggan dengan kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.Pembinaan rumah setinggan ini dapat mengurangkan kos hidup. Ini kerana pembinaan rumah setinggan dibina secara haram. Tidak perlu membayar sewa rumah atau membeli rumah.Kadang-kadang terdapat juga rumah setinggan yang menggunakan elektri dan air secara curi. Ini akan merugikan kerajaan.
Penawaran perumahan kurang- permintaan melebihi penawaran.
Pencemaran alam sekitar

teori Wirth

Wirth(1983) pula mengatakan Bandar merupakan kawasan petempatanyang mempunyai penduduk yang ramai, padat, dan berbagai latar belakang social. Bandar juga dibahagikan kepada Epolis(pusat daerah pertanian, polis(pusat pemerintahan dan keagamaan, Metropolis( kota kurang luas penduduk ramai}, Megalopolis(perkembangan tidak terbatas metropolis), Tiranopolis( perkembangan yang tidak terbatas) dan necropolis( kota sedang mengalami kehncuran)

Teori Dickinson

Dickinson (dalam mayer 1971) berpendapat Bandar adalah sebuah pusat tamadun samaada sebagai pusat masyarakat, pusat kebudayaan, pusat kegiatan social, pentadbiran, politik dan ekonomi.

Teori Hawley

Menurut Hawley(1971) pula mengatakan Bandar ialah merupakan satu kawasan penempatan yang agak tetap dalam keadaan penduduknya yang khusus dalam pelbagai kegiatan yang bercorak bukan pertanian.

definisi bandar

Definisi Bandar ialah hasil pertumbuhan penduduk yang boleh dibahagikan kepada Metropolitan, Bandar besar dan Bandar kecil. Menurut Max Weber (1962) mengatakan Bandar ialah pusat komuniti penduduk Bandar dan desa. Di Bandar telah menawarkan keperluan pasar bagi memenuhi keperluan harian dan pemasaran hasil…

Wednesday, September 26, 2007

Pembangunan bandar menyebabkan kesibukkan bandar


Kawasan yang membangun pastinya sebuah kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi yang pesat. Semua tertumpu di kawasan bandar ini..contohnya tempat membeli belah, pejabat dan sebagainya..orang ramai akan tertumpu dikawasan ini untuk memenuhi keperluan hidup seperti mendapatkan makanan, bekerja, membeli belah dan sebagainya. Tumpuan orang ramai telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas, orang ramai berasak-asak, kebisingan bunyi suara dan kenderaan dan sebagainya. Orang yang datang ini bukan sahaja penduduk di bandar tetapi luar bandar juga...terdapat juga golongan pendatang asing yang bekerja di Malaysian Kesibukkan ini akan lebih terasa ketika hujung minggu..sehingga sampai satu tahap pengunjung yang ramai hadir ialah pendatang asing dari pelbagai negara...contohnya KLCC di Kuala Lumpur.

Kesan pembangunan bandar terhadap sistem saliran dikawasan tersebut..

Pembangunan bandar telah memnyebabkan sistem saliran di kawasan bandar menjadi kecil...jika hujan turun dengan lebat sesebuah bandar boleh banjir..Contohnya yang berlaku di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas...disebabkan pembangunan yang pesat sistem saliran air tidak dapat berjalan dengan baik..hujan yang turun telah mengakibatkan banjir kilat...salah satu faktor boleh berlakunya banjit kilat ini ialah tiada permukaan yang boleh menyerap air seperti tanah..ini kerana tanah telah ditutup dengan jalan yang berturap.....walaubagaimanapun pihak kerajaan telah mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi masalah ini di Kuala Lumpur iaitu dengan membuat terowong bawah tanah.........................

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya