Monday, September 3, 2007

field work hari pertama

01/09/20007 sabtu...
pada pukul 8.00a.m kami semua berkumpul di foyer FSSK. pada hari ini kami akan pergi ke KOta TInggi untuk membuat kajian lapangan. tidak semua pelajar berkumpul di foyer ini.. ada juga yang berkumpul diKolej Kriss Mas dan Za'ba. ini bagi memudahkan pelajar untuk bertolak. Kolej ini jauh dari FSSK. bas tiba lewat..lebih kurang jam 9.00a.m kami pun bertolak..oleh kerana ramai yang belum sarapan pada waktu pagi..jadi kami telah berhenti di Seremban. kemudia kami meneruskan perjalanan....semasa di dalam bas ramai juga pelajar yang tido dibuai mimpi. semasa itu hujan turun.. pemandu bas membawa bas dengan berhati-hati dan tidak laju...kami tiba di Kota Tinggi pad jam 1.30p.m.. sebelum chek in kami diberi waktu untuk makan...makanan di sana agak mahal..perempuan tinggal di hotel Pilto manakala lelaki di hotel Wilson... pembahagian kunci bilik dilakukan olah Kak Dina... kami diberi waktu sehingga 3.30 untuk berkumpul bagi memulakan keja lapangan...kita merancang tuhan yang menentukan...aktiviti dibatalkan kerana cuaca mendung...bagi kumpulan kami, kami menjalankan soal silidik...kami mencari penduduk Taman Kemang yang berada di Bandar. agak sukar untuk berjumpa...akhirnya dapat juga kami temui penduduk yang berada di bandar setelah penat bertanya...mereka sangat memberi kerja sama...pada jam 6.00 petang hujan turun maka kami pun balik ke bilik...pada waktu malam kami berbincang untuk hari esok dan membuat pengemaskinian. kemudia kami keluar untuk mendapatkan makan. kami makan di Restoran Ajmeer.kemuadian kami balik bilik. pada jam 11.00 malam kak Dina memastikan anak buahnya berada di bilik kerana dia sangat risau akan keselamatan anak buahnya....pada malam itu kami tidur awal..dalam bilik kami terdiri dari 6 orang. maka salah seorang dari kami terpaksa tidur dilantai...kami jadikan kain selimut bagi dijadikan alas tidur...hotel itu agak selesa...

merdeka

31/08/2007 jumaat
pada tarikh ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-50.perayaan besar besaran diadakan di Dataran Merdeka.saya hanya menyambut di kolej sahaja. ini kerana pada keesokkan harinya saya akan pergi ke Kota Tinggi untuk membuat kerja lapangan. Kawan-kawan ramai yang balik kampung. rasa sedih pun ada.tapi nak buat macam mana dah tugasan....Kolej sangat sunyi...jadi saya gunakan masa yang ada untuk mengemas barang-barang sebagai persediaan ke KOta Tinggi.
Saya juga menyemak kembali soalan-soalan yang hendak ditanya pada pihak yang terlibat untuk dijadikan sumber kedua dalam kajian yang akan dijalankan selain kaedah temu bual dan pemerhatian... kepada semua rakyat MALAYSIA selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50. Janganlah terlalu leka dengan kemewahan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang...Walaupun Malaysia telah maju dan banyak kawasan yang telah membangun jangan lah leka kerana Orang luar sentiasa memandang untuk memiliki.Ingatlah sejarah kita .Betapa susahnya untuk merdeka..jangan sis-siakan...MERDEKA.....MERDEKA....MERDEKA

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya