Thursday, October 25, 2007

Soal Jawab di Majlis Pembandaran Kota Tinggi

Soal jawab telah melibatkan antara pelajar dengan Penolong Pegaawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin. Beliau telah sedikit sebanyak menerangkan tentang pemulihan semula Kota Tinggi setelah berlakunya banjir yang telah menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk.
Bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala sebelum berlakunya banjir besar Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini. Walaupun tidak dapat memulihkan kembali seperti sebelumnya tetapi pembaikpulih ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kedudukan dan kestabilan ekonomi di Kota Tinggi.
Antara langkah yang yang dijalankan serta akan dijalankan ialah kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 70 juta bagi membaik pulih keadaan Kota Tinggi serta menjadikan ia lebih maju lagi dari keadaan sediakala. Bagi mengelakkan berlakunya banjir kerajaan telah menjalankan projek bagi mengelakkan berlakunya banjir. Projek yang dilakukan ialah projek pendalaman sungai. Sungai yang sedia ada adalah cetek. Membesarkan system saliran dan membersihkan system saliran yang tersumbat akibat sampah atau bahan buangan.
Selain itu kerajaan akan membaikpulih kemudahan yang sedia ada. Mebaikpulih jambatan, jalan raya, kedai, pejabat, tempat perlancongan, dan sebagainya. Ini semua dilakukan adalah bertujuan untuk menarik minat pelabur untuk melabur di Kota Tinggi. Pendalaman sungai dilakukan adalah bertujuann untuk menyakinkan pelabur bahawa banjir tidak akan berlaku lagi. Ini adalah sangat penting kerana ekonomi penduduk telah lumpuh akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Kelumpuhan ekonomi akan menimbulkan banyak masalah kepada penduduk malahan negeri itu sendiri.
Bagi meringan beban penduduk atau mangsa banjir di Kota Tinggi terutama dikawasan Kajian kami iaitu penduduk Taman Kemang kerajaan telah memberi bantuan kewangan, perabot dan makanan bagi membantu mangsa banjir. Bantuan ini adalah bebentuk wang ehsan dann bukannya sebagai ganti rugi akibat kemusnahan. Menurut beliau lagi bantuan bukan sahaja semata-mata pihak kerajaan tetapi bantuan yang diterima adlah daripada pelbagai pihak. Seperti Syarikat besar di Malaysia atau Swasta. Bantuan yang diterima juga adalah dari rakyat Malaysia. Segala bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir.
Pihak kerajaan juga telah mengecualikan pembayaran cukai dan pihak MARA telah melupuskan hutang – hutang bumiputera mangsa Banjir. Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membina rumah PPRT dan kediaman mangsa semula. Sebanyak 300 unit buah rumah dibina untuk penempatan semula penduduk yang terlibat dengan banjir agar mangsa selamat dari gelombang banjir. Pembinaan penempatan telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Perumahan Negara. Nilai sebuah rumah berharga RM46000 yang mana penduduk hanya perlu membayar RM25000 dan selebihnya kerajaan telah subsidikan. Syarikat Perumahan Negara telah melantik bank untuk berurusan dengan pihak penduduk dalam proses pembayaran rumah. Walaupun kerajaan telah sedaya upaya membina penempatan baru untuk penduduk tetapi ada segelintir penduduk yang enggan berpindah kerana penempatan mereka adalah di atas tanah milik mereka sendiri.

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya