Friday, October 26, 2007

Kertas Kerja Kajian Lapangan

Tajuk kajian: Impak banjir terhadap ekonomi penduduk Taman Kemang, Kota Tinggi Johor.

Tarikh kajian : 1 september hingga 3 September 2007

Hari : Sabtu hingga Isnin

Tempat kajian : Taman Kemang, Kota Tinggi, Johor

Pengenalan :

Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pusat membeli belah yang serba lengkap dan moden. Namun, dicelah-celah pembangunan yang pesat ini berlaku bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Banjir besar telah melanda Negeri Johor dan daerah yang paling teruk terjejas adalah daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2006 dan 11 Januari 2007.

Satu kajian kes lapangan akan dilakukan di Kota Tinggi, Johor bagi melihat impak banjir terhadap ekonomi penduduk terutama penduduk di Taman Kemang.

Objektif :

1) Mengenalpasti kegiatan ekonomi utama penduduk

2) Melihat kesan banjr terhadap ekonomi penduduk

3) Mengkaji sama ada kesan tersebut akan mempengaruhi pembangunan bandar atau sebaliknya

4) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk bagi menggelakkan kerugian yang lebih besar.

Metodologi Kajian :

1) Pemerhatian
2) Temubual
3) Borang soal selidik

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya