Sunday, September 30, 2007

kesan pembandaran


Wujud rumah setinggan


penduduk ramai yang dating ke Bandar menyebabkan kurangnya penempatan.Jadi penduduk terpaksa membina rumah setinggan dengan kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja.Pembinaan rumah setinggan ini dapat mengurangkan kos hidup. Ini kerana pembinaan rumah setinggan dibina secara haram. Tidak perlu membayar sewa rumah atau membeli rumah.Kadang-kadang terdapat juga rumah setinggan yang menggunakan elektri dan air secara curi. Ini akan merugikan kerajaan.
Penawaran perumahan kurang- permintaan melebihi penawaran.
Pencemaran alam sekitar

teori Wirth

Wirth(1983) pula mengatakan Bandar merupakan kawasan petempatanyang mempunyai penduduk yang ramai, padat, dan berbagai latar belakang social. Bandar juga dibahagikan kepada Epolis(pusat daerah pertanian, polis(pusat pemerintahan dan keagamaan, Metropolis( kota kurang luas penduduk ramai}, Megalopolis(perkembangan tidak terbatas metropolis), Tiranopolis( perkembangan yang tidak terbatas) dan necropolis( kota sedang mengalami kehncuran)

Teori Dickinson

Dickinson (dalam mayer 1971) berpendapat Bandar adalah sebuah pusat tamadun samaada sebagai pusat masyarakat, pusat kebudayaan, pusat kegiatan social, pentadbiran, politik dan ekonomi.

Teori Hawley

Menurut Hawley(1971) pula mengatakan Bandar ialah merupakan satu kawasan penempatan yang agak tetap dalam keadaan penduduknya yang khusus dalam pelbagai kegiatan yang bercorak bukan pertanian.

definisi bandar

Definisi Bandar ialah hasil pertumbuhan penduduk yang boleh dibahagikan kepada Metropolitan, Bandar besar dan Bandar kecil. Menurut Max Weber (1962) mengatakan Bandar ialah pusat komuniti penduduk Bandar dan desa. Di Bandar telah menawarkan keperluan pasar bagi memenuhi keperluan harian dan pemasaran hasil…

Wednesday, September 26, 2007

Pembangunan bandar menyebabkan kesibukkan bandar


Kawasan yang membangun pastinya sebuah kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi yang pesat. Semua tertumpu di kawasan bandar ini..contohnya tempat membeli belah, pejabat dan sebagainya..orang ramai akan tertumpu dikawasan ini untuk memenuhi keperluan hidup seperti mendapatkan makanan, bekerja, membeli belah dan sebagainya. Tumpuan orang ramai telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas, orang ramai berasak-asak, kebisingan bunyi suara dan kenderaan dan sebagainya. Orang yang datang ini bukan sahaja penduduk di bandar tetapi luar bandar juga...terdapat juga golongan pendatang asing yang bekerja di Malaysian Kesibukkan ini akan lebih terasa ketika hujung minggu..sehingga sampai satu tahap pengunjung yang ramai hadir ialah pendatang asing dari pelbagai negara...contohnya KLCC di Kuala Lumpur.

Kesan pembangunan bandar terhadap sistem saliran dikawasan tersebut..

Pembangunan bandar telah memnyebabkan sistem saliran di kawasan bandar menjadi kecil...jika hujan turun dengan lebat sesebuah bandar boleh banjir..Contohnya yang berlaku di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas...disebabkan pembangunan yang pesat sistem saliran air tidak dapat berjalan dengan baik..hujan yang turun telah mengakibatkan banjir kilat...salah satu faktor boleh berlakunya banjit kilat ini ialah tiada permukaan yang boleh menyerap air seperti tanah..ini kerana tanah telah ditutup dengan jalan yang berturap.....walaubagaimanapun pihak kerajaan telah mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi masalah ini di Kuala Lumpur iaitu dengan membuat terowong bawah tanah.........................

Kesan pembangunan bandar terhadap sosial

Pembangunan bandar telah mewujudkan dua keadaan iaitu kebaikkan dan keburukan...jika dilihat dari aspek sosial pembangunan bandar telah mencetuskan lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan...masyarakat yang hidup di bandar dikelilingi oleh kemodenan seperti telivisyen,komputer, telefon bimbit dan sebagainya...oleh kerana zaman kini adalah zaman dunia tanpa sempadan maka mudahlah bagi unsur-unsur yang berupa kebaratan masuk ke Malaysia. Dapat dikatkan dengan kemodenan harta benda tadi maka remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat seperti cara pemakaian, bahasa, budi bahasa dan sebagainya...selain itu masalah sosial yang lain ialah kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya...kos hidup yang tinggi di bandar telah memaksa masyarakat untuk melakukan jenayah bagi memperolehi wang...di bandar wang adalah segala-galanya..tanpa wang masyarakat tidak boleh hidup..

Tuesday, September 18, 2007

Perkaitan perbangunan Bandar dengan tahun melawat Malaysia


Pada tahun ini adalah tahun malawat Malaysia. Banyak yang telah kerajaan lakukan untuk menarik minat pelancong agar menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka... salah satu langkah yang telah dilakukan ialah membangunkan sesuatu kawasan seperti menjadikannya kawasan bandar raya...pembangunan sesuatu kawasan sangat penting kerana ia akan memberi keselesaan kepada pelancong yang datang. Selain itu memberi imej yang baik kepada pelancong yang datang...pembangunan bukan sahaja dilihat dari kemajuan peralatan yang digunakan tetapi juga melibatkan pembangunan fizikal seperti kemudahan yang disediakan disesuatu kawasan..kemudahan ini sangat penting contohnya jalan raya yang baik, pengankutan awam yang banyak seperti komuter, LRT, bas dan sebagainya...kemudahan yang sedia ada akan memberi keselesaan dan memudahkan pelencong untuk melawat dari satu tempat ke tempat yang lain...Dari pembangunan sesebuah bandar pelancong akan memberi persepsi yang baik juga terhadap kawasan yang berada di luar bandar...selain itu pembangunan bandar juga dapat memberi gambaran yang baik juga terhadap negara.... ini kerana pembagunan bandar adalah mewakili kesemua kemajuan kawasan...

perkaitan pembangunan bandar dengan merdeka


Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesenuah Negara dari penjajahan. Kebebasan ini boleh memberi kebebasan sesebuah kerajaan untuk memimpin mengikut acuan kerajaan itu sendiri… kesan dari ini sesebuah kerajaan bebas untuk melakukan apa sahaja untuk membangunkan sesuatu kawasan, dari kampong ke desa, dari desa ke pecan, dan dari pecan ke Bandar…kebebasan dalm melakukan apa sahaja oleh kerajaan tanpa sekatan atau campur tangan dari pihak luar telah menyebabkan berlakunya perkembangan sesuatu kawasan menjadi lebih cepat…

perkaitan pembangunan bandar dengan merdeka

Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesenuah Negara dari penjajahan. Kebebasan ini boleh memberi kebebasan sesebuah kerajaan untuk memimpin mengikut acuan kerajaan itu sendiri… kesan dari ini sesebuah kerajaan bebas untuk melakukan apa sahaja untuk membangunkan sesuatu kawasan, dari kampong ke desa, dari desa ke pecan, dan dari pecan ke Bandar…kebebasan dalm melakukan apa sahaja oleh kerajaan tanpa sekatan atau campur tangan dari pihak luar telah menyebabkan berlakunya perkembangan sesuatu kawasan menjadi lebih cepat…

Saturday, September 15, 2007

Teori Mac Gee

mengikut Mac Gee 1971 telah mengemukakan 3 teori tentang pembandaran iaitu teori demografi atau pepindahan penduduk, bandar sebagai faktor pendorong ekonomi dan bandar sebagai perubahan peratus sosial...teori Mac Gee 1971 boleh juga di aplikasikan dengan apa yang berlaku di Malaysia. berdasarkan teori yang pertam iaitu demografi pada masa dua tahun kebelakang. ramai penduduk luar bandar telah berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan..Ia telah mengakibatkan jumlah penduduk migrasi melebihi pendududk asal.kedatangan penduduk ke bandar telah menyebabkan kurangnya tenaga muda di kampung kampung.......
Bagi teori Mac Gee yang kedua pula bandar sebagai faktor pendorong ekonomi...salah satu faktor kejayaan negara adalh bergantung kepada sektor ekonomi terutama di bandar. pertumbuhan ekonomi telah menyebabakan banya peluang pekerjaan di bandar....selain itu banyak kemudahan-kemudahan yang di dbina seperti kemudahan infrastuktur, kedai dan sebagainya di bandar. ...kebanyak an atau kelengkapan segala kemudahan boleh membuiatkan taraf hidup sosial meningkat. kemajuan di bandar telah menyebabakan tingkat guna tenaga muda di kampung berkurangan. ....
Manakala teori yang ketiganya mengatakan perubahan pencetus sosial kemajuan dibandar yang tinggi boleh dikongsi bersama oleh penduduk luar bandar. contohnya bandar menghasilkan sebuah jentera bagi memudahkan penduduk luar bandar. kesan daripada ini penduduk luar bandar boleh hidup dengan produktif. ini boleh mengubah kehidupan orang yang susah kepada orang yang senang. ia juga meningkatkan taraf hidup luar bandar.

Tuesday, September 11, 2007

siapkan laporan

11/10/2007 selasa malam
pada malam ini kami mula membuat laporan yang dikehendaki oleh Dr Mashita. kami telah menyemak soal selidik yang telah di jawab oleh responden.kami membuat pengiraan secara rambang kerana kami tidak tahu menggunakan sistem spss.kami akan berlajar dengan tahun tiga bagaimana untuk menggunakannya.kami juga mengedit gambar-gambar yang telah kami ambil semasa membuat penyelidikan.laporan ini belum siap sepenuhnya. kami akan menyambungnya pada malam ini kerana malam tersebut kami ada mesyuarat kolej

comment lecture

10/09/2007 isnin
Dr Mashita telah mula mengajar setelah bercuti sakit kerana pembedahan. didalam kelas Dr mahu setiap kumpulan menghantar hasil laporan semasa kami jalankan di Kota Tinggi dalam bentuk hard copy dalam 6-8 muka surat pada hari isnin berikutnya. dalam kelas tersebut juga Dr ada menasihati kami agar mengemaskini blog agar lebih baik kerana tempoh penyerahan blog sudah hampir. dalam kelas minggu ini Dr mengajar kami tentang teori pembangunan

Tuesday, September 4, 2007

field work hari ke 2

02/09/2007 ahad
kami di suruh berkumpul pada jam 9.00 pagi untuk memulakan kerja lapangan di kawasan yang telah dirancang. kumpulan saya memilih kawasan atau penduduk di Taman Kemang. JarakTaman Kemang dengan hotel yang kami tinggal tidak jauh. dalam masa 5minit kami telah tiba ke destinasi..pelajar yang menjadikan kawasan Taman Kemang sebagai penyelidikan tidak ramai..dalam lingkungan 11 orang..6orang dari tahun 2 dan 5 oarang dari tahun 3..kumpulan saya kami berpecah kepada 2. Ia bagi memudahkan soal selidik dan menjimatkan masa. saya dan Lisa manakala Jumriati dan Tuan. kami telah menemuramah seramai 21 orang penduduk Taman Kemang. bakinya kami telah menemuramah penduduk Taman Kemang yang pergi ke Bandar pada hari semalam. Kebanyakkan penduduk di Taman Kemang sangat mesra dan peramah. Mereka menjawab semua soalan yang ditanya dengan baik.Banyak ketidakpuashatian penduduk yang diceritakan kepada kami. Kami telah menjadi pendengar yang baik...ada juga rumah yang telah memberi kami minuman dan ada juga yang memperlawa kami makan..kami menerima dengan baik..Kerja kami dalam menemu ramah dan memberikan sola selidik kepada penduduk yelah siap pada jam 11.58pagi. bas telah menunggu kami. saya kumpulan terakhir yang saip kerja..kemudian kami balik ke hotel..kami juga diberitahu untuk makan angin di Desaru atau Air Terjun Kota Tinggi dibatalkan..ini kerana cuaca tidak mengizinkan...aktiviti itu telah diganti pergi ke rumah kakak tahun 3. keluarga kakak itu tinggal di Felda Tawar 4..kami bertolak pada jam 5.00petang dan kembali bertolak ke hotel pada jam 7.15petang...kami telah disaji dengan makanan kuh donat,karipap,pisang goreng,ubi goreng dan air teh..dalam perjalanan pulang kami telah singgah di pasar malam...kami tiba di Hotel pada jam 8.45malam.. kemudia selepas itu aktiviti bebas..saya telah membuat perbincangan kumpulan tentang soalan yang akan di tanya pada pegawai yang berada di Majlis Perbandaran Kota tinggi...kemudian kami pun tidur kerana terlalu letih...zzzzzz

Monday, September 3, 2007

field work hari pertama

01/09/20007 sabtu...
pada pukul 8.00a.m kami semua berkumpul di foyer FSSK. pada hari ini kami akan pergi ke KOta TInggi untuk membuat kajian lapangan. tidak semua pelajar berkumpul di foyer ini.. ada juga yang berkumpul diKolej Kriss Mas dan Za'ba. ini bagi memudahkan pelajar untuk bertolak. Kolej ini jauh dari FSSK. bas tiba lewat..lebih kurang jam 9.00a.m kami pun bertolak..oleh kerana ramai yang belum sarapan pada waktu pagi..jadi kami telah berhenti di Seremban. kemudia kami meneruskan perjalanan....semasa di dalam bas ramai juga pelajar yang tido dibuai mimpi. semasa itu hujan turun.. pemandu bas membawa bas dengan berhati-hati dan tidak laju...kami tiba di Kota Tinggi pad jam 1.30p.m.. sebelum chek in kami diberi waktu untuk makan...makanan di sana agak mahal..perempuan tinggal di hotel Pilto manakala lelaki di hotel Wilson... pembahagian kunci bilik dilakukan olah Kak Dina... kami diberi waktu sehingga 3.30 untuk berkumpul bagi memulakan keja lapangan...kita merancang tuhan yang menentukan...aktiviti dibatalkan kerana cuaca mendung...bagi kumpulan kami, kami menjalankan soal silidik...kami mencari penduduk Taman Kemang yang berada di Bandar. agak sukar untuk berjumpa...akhirnya dapat juga kami temui penduduk yang berada di bandar setelah penat bertanya...mereka sangat memberi kerja sama...pada jam 6.00 petang hujan turun maka kami pun balik ke bilik...pada waktu malam kami berbincang untuk hari esok dan membuat pengemaskinian. kemudia kami keluar untuk mendapatkan makan. kami makan di Restoran Ajmeer.kemuadian kami balik bilik. pada jam 11.00 malam kak Dina memastikan anak buahnya berada di bilik kerana dia sangat risau akan keselamatan anak buahnya....pada malam itu kami tidur awal..dalam bilik kami terdiri dari 6 orang. maka salah seorang dari kami terpaksa tidur dilantai...kami jadikan kain selimut bagi dijadikan alas tidur...hotel itu agak selesa...

merdeka

31/08/2007 jumaat
pada tarikh ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-50.perayaan besar besaran diadakan di Dataran Merdeka.saya hanya menyambut di kolej sahaja. ini kerana pada keesokkan harinya saya akan pergi ke Kota Tinggi untuk membuat kerja lapangan. Kawan-kawan ramai yang balik kampung. rasa sedih pun ada.tapi nak buat macam mana dah tugasan....Kolej sangat sunyi...jadi saya gunakan masa yang ada untuk mengemas barang-barang sebagai persediaan ke KOta Tinggi.
Saya juga menyemak kembali soalan-soalan yang hendak ditanya pada pihak yang terlibat untuk dijadikan sumber kedua dalam kajian yang akan dijalankan selain kaedah temu bual dan pemerhatian... kepada semua rakyat MALAYSIA selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50. Janganlah terlalu leka dengan kemewahan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang...Walaupun Malaysia telah maju dan banyak kawasan yang telah membangun jangan lah leka kerana Orang luar sentiasa memandang untuk memiliki.Ingatlah sejarah kita .Betapa susahnya untuk merdeka..jangan sis-siakan...MERDEKA.....MERDEKA....MERDEKA

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya