Sunday, August 26, 2007

kematian

Menurut sumber yang boleh dipercayai terdapat beberapa orang yang menjadi mangsa korban banjir di Kota Tinggi. Berita kematian ini tidak dihebahkan antara yang mangsa yang terkorban ialah mayat wanita warga tua yang berusia lingkungan 50 tahun bernama Aw Kee Han. Berasal dari Kampung Tembiuh. Mayat itu dijumpai di terapung-apung di celah-celah perabot di dalam rumahnya selepas dipercayai ditinggalkan bersendirian sewaktu anggota keluarganya berpindah.

Selain itu mangsa yang seterusnya ialah Mohd Azahari, 27, Ahmad Sarkawi, 70, dan Masiah Ahmad, 69 kesemuanya ditemui di Kampung Jawa. Seorang lagi yang mati adalah guru M. Mageswari, 26 yang pada mulanya dilaporkan hilang apabila kereta yang dipandunya dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Semberong, 6 pagi semalam. Turut maut dalam kejadian itu dipercayai bapa saudara wanita itu yang dikenal pasti sebagai A. Muniandy.

kajian sesi pertama di kota tinggi

Kajian lapangan pertama dilakukan pada 03/08/2007 hingga 04/08/2007 pelajar yang pergi pada sesi pertama ini terdiri daripada ketua setiap kumpulan,pengarah projek, penolong pengarah projek, setiausaha dan pensyarah. Kami diarah pergi ke kota tiggi ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan awal. In bertujuan untuk memberi gambaran kepada pelajar apa yang berlaku di Kota Tinggi. Di sana juga kami telah bertemu dengan penghulu mukim, ketua kampong dan ahli jawatan kuasa kampong yang lain yang melibatkan wakil pendududk dari Kampung Tembiuh, Kampung Kelantan, Taman Kemang. Kami memilih hotel yang berada di Kota tinggi sebagai tempat penginapan.

Kami juga telah mengadakan sesi soal jawab bersama wakil penduduk kampong di pejabat daerah. Selain itu kami juga mengadakan soal jawab dan pemerhatian secara rambang ke atas penduduk mangsa bajir di sana. Ada juga penduduk yang tidak mahu ditemu bual ada juga yang memberi kerjasama.

Sepanjang pemerhatian saya tidak banyak kedai yang dibuka. Keadaan sungguh menyedihkan seolah-olah suatu kawasan yang tidak membangun. Ada juga kedai yang dibuka seperti kedai makanan, pakaian, perabot, dan sebagainya. Keadaan ekonomi seolah-olah lumpuh. Tidak ramai pengunjung yang datang. Bagi kawasan di kampong pula tidak banyak kedai yang dibuka. Hanya sebua dua kedai saja yang buka.

Dari segi penduduk pula. Penduduk yang tinggal di sini tidak ramai. Mungkin ramai yang berpindah ke tempat lain. Ada juga penduduk yang ditemu ramah mengatakan mereka tidak mahu berpindah kerana untuk mencari tempat yang baru bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi tempat yang mereka tinggal adalah tanah pusaka keluarga. Banyak juga rumah yang musnah akibat banjir namun mereka telah membaik pulih secara perlahan-lahan. Penghulu juga ada menunjukkan rumah yang hanyut dan rosak akibat banjir.

Semasa di dalam bas kami telah diberikan sedikit informasi oleh penghulu kampong dengan membawa kami ke Kampung Kelantan dan Kampung Tembiuh. Beliau berkata banjir kali ini adalah paling teruk. Banjir pada bulan Januari adalah tidak disangka-sangka. Ini kerana mereka baru sahaja selesai menharungi banjir pada bulan Disember yang jarak antara banjir adalah dalam masa seminggu. Pada masa ini ramai penduduk yang telah pulang ke rumah masing-masing. Menurut beliau lagi ketinggian air banjir ini dalam lingkungan 5 hingga 15 kaki. Beliau sangat bersyukur kerana terdapat ramai pihak yang membantu semasa banjir lebih-lebih lagi pihak kerajaan dan Syarikatt swasat yang besar seperti TV3 Petronas dan banyak lagi. Penduduk juga masih mendapat batuan sehingga kini. Bantuan diagihkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Penduduk juga menghadapi masalah trauma akibat banjir ini. Ada juga yang telah menjadi gila akibat menanggung kerugian yang banyak.

Semasa perjumpaan dengan wakil penduduk kampong di pejabat daerah. Disini kami telah mengadakan soal jawb tentang isu isu yang ingin dibuat oleh setiap kumpulan. Terdapat juga soalan yang dikemukan tentang penduduk kampong yang banyak merungut, keadaan ekonomi, apa altenatif yang diambil untuk menghadapi banjir yang akan datang. Wakil penduduk juga ada menyuarakan hasrat agar kami mengkaji apa yang menyebabkan permasalah banjir tersebut. Wakil penduduk yang datang sangat mengharukan kami kerana kami tidak sangka ramai yang datang. Mereka sangat berkeja sama dengan kami dan menyelesaikan persoalan yang menjadi tandan Tanya.

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya