Friday, October 26, 2007

Pandangan setelah apa yang telah berlaku di Taman Kemang dan Kota Tinggi

Kejadian banjir ini bukannya pada pertama kali tetapi kejadian ini kerap berlaku terutama pada hujung tahun. Seperti yang kita ketahui bahawa pernah berlaku banjir yang besar pada tahun 1984. Kini ia berlaku lagi tetapi dengan lebih dasyat. Dalam tempoh yang tidak lebih dari sebulan telah berlaku 2 banjir besar. Banyak kemusnahan harta benda dan ada juga yang telah menjadi korban mangsa banjir. Perkara ini telah mendapat liputan luas seluruh negara Malaysia. Ketinggian aras banjir adalah 7 kaki

Mangsa banjir bukan sahaja telah meninggalkan kesan kemusnahan harta benda tetapi ia juga telah melibatkan emosi mereka. Sehingga kehadiran kami mereka masih lagi menghadapi trauma. Ada juga diantara mereka yang menangis semasa menceritakan pengalaman mereka sewaktu banjir. Ada juga penduduk terutama peniaga yang menghadapi tekanan perasaann dan gila akibat kerugian yang ditanggung dalam perniagaan. Ini kerana pada banjir yang pertama iaitu pada bulan 12 tahun 2006 telah merosakkan harta benda. Kemudian mereka telah membeli barang baru untuk memulakan perniagaan kembali tetapi banjir besar telah berlaku sehingga memecahkan rekod dengan ketinggian aras air setinggi 7 kaki barang baru yang mereka beli telah musnah dan rosak kembali.

Ramai yang turut memberi sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah seorang yang pemurah. Tidak putus-putus bantuan yang dihulurkan termasuklah syarikat syarikat besar dan kecil di Malaysia. Ini dapat mengurangkan beban mereka. Walaupun mendapat sumbangan dari kerajaan dan pihak lain lain namun kemusnahan yang dialami oleh mereka masih tidak dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Dari segi pembahagian bantuan ramai penduduk yang berpuas hati dan tidak berpuas hati. Mereka yang berpuas hati kebanyakkannya menjadikan kejadian banjir sebagai satu fadhilat. Mereka berfikiran secara positif. Manakal mereka yang tidak berpuas hati kerana mereka merasa pembahagian yang dilakukan adalh tidak adil. Seperti dalam kata pepatah “pilih bulu”. Mereka yang seharusnya menerima bantuan tetapi tidak menerima. Ada juga mangsa banjir yng tercicir namanya yang menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan wang ihsan dari kerajaan. Kitidak puashatian ini boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan hilangnya perasaan hormat kepada pemimpin.

Pihak yang terbabit perlu menyiasat apa yang berlaku semasa pembahagian dilakukan. Ini kerana pengakuan dari pemimpin yang mengatakan bahawa terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan segala bantuan yang dihulurkan tidak sampai kepada mangsa. Ini akan menjejaskan nama baik pihak kerajaan. “jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Pihak tertentu juga harus menyiasat kepada mereka yang menipu menjadi mangsa banjir. Perkara ini berlaku kerana penipu ini mempunyai rumah dikawasan yang ditenggelami air tetapi mereka menetap di tempat lain. Ini merugikan wang negara bahkan menganiaya mangsa yang sepatutnya menerima bantuan banjir.

Dari segi perbincangan yang dilakukan oleh wakil pemimpin kepada kami semua mendapati bahawa perancangan sedang dan akan dilakukan. Bagi saya perancangan untuk mengelakkan berlakunya banjir dan pemulihan dilakukan adalah sangat penting. Ini kerana dari pandangan saya Kota Tinggi kelihatan seperti sebuah kawasan yang lumpuh. Tidak banyak kedai yang dibuka dan tidak ramai penduduk seperti penduduk bandar yang berada di kawasan bandar lain. Perancangan pendalaman sungai dan pembaikkan kemudahan infrasruktur dan lain-lain yang sedang dilakukan adalah sangat bagus. Lebih cepat pembaikkan dilakukan adalh lebih baik. Ini kerana kita tidak mahu kehilangan pelabur asing. Pelabur asing adalah sangat penting. Ini kerana ketiadaan mereka sesebuah bandar itu akan lumpuh. Maka ramailah penduduk yang akan kehilang peluang pekerjaan dan hidup dalam kemiskinan.

Di Taman Kemang semasa kajian dilakukan terdapt banyak rumah kosong. Ini kerana mereka telah berpindah ke tempat yang lebih selesa dan tidak mahu menghadapi kerugian harta benda. Mereka inginkan keselesaan. Mereka tidak sanggup manghadapi banjir setiap tahun. Migrasi keluar ini akan merugikan sesuatu kawasan itu terutamanya apabila mereka yang berpindah itu terdiri daripada golongan yang professional. Maka sesuatu kawasan itu kehilangan tenaga mahir dan pakar. Kebanyakkan penduduk di Taman Kemang terdiri daripada buruh. Rumah mereka sangat tidak selesa untuk didiami. Namun mereka terpaksa kerana mereka tiada pilhan lain. “dimana bumi di pijak di situlah langit dijunjung” pendapatan mereka yang tidak seberapa juga telah menghalang mereka ke tempat yang lebih selesa. Perpindahan dari satu kawasan yang lain adalah sangat rumit dan memerlukan kos yang banyak. Apa yang mereka harapkan tidak akan berulang kembali banjir yang telah berlaku.

Oleh itu pihak yang tertentu haruslah bersungguh untuk membaikpulih dan melakukan segala projek yang dirancang dengan bersungguh sungguh tanpa mengambil kesempatan. Kesempatan yang diambil ini akann menyababkan perancangan yang dijalankan dan akan dijalankan tidak akan sempurna. Bahkan akan merugikan kerajaan. Bak kata pepatah melayu “Rumah siap pahat berbunyi. Kita seharusnya memahami perasaan mereka yang mengalami banjir. Mereka sangat kesian. Terpaksa hidup dalam keadaan berjaga – jaga dan segala aktiviti tidak dapat dilakukan dengan baik malah bolehh merugikan seseorang itu. Berilah mereka keselesaan agar mereka dapat hidup selesa seperti tempat lain.

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya