Friday, October 26, 2007

AKHIR KATA

hari ini adalah hari penamat dalam menyiapkan blog ini. membuat blog ini telah memberi saya banyak pengalaman dan pengajaran. saya juga berasa gembira kerana dapat memberi ilmu saya yang sedikit ini kepada rakan yang memerlukan bantuan. Kursus ini juga telah membantu saya berfikir lebih matang dan luas tentang pembangunan bandar. kajian lapangan yang telah dilakukan juga memberi saya satu pengalaman yang baru... saya sangat gembira...
semoga apa yang saya lakukan dapat memuaskan hati semua pihak dan juga termasuk diri saya sendiri. saya akan merindui saat-saat manis semasa menjalankan kursus ini. Semoga saya akan berjaya...INSYAALLAH...Cayo2!!!!

Pandangan setelah apa yang telah berlaku di Taman Kemang dan Kota Tinggi

Kejadian banjir ini bukannya pada pertama kali tetapi kejadian ini kerap berlaku terutama pada hujung tahun. Seperti yang kita ketahui bahawa pernah berlaku banjir yang besar pada tahun 1984. Kini ia berlaku lagi tetapi dengan lebih dasyat. Dalam tempoh yang tidak lebih dari sebulan telah berlaku 2 banjir besar. Banyak kemusnahan harta benda dan ada juga yang telah menjadi korban mangsa banjir. Perkara ini telah mendapat liputan luas seluruh negara Malaysia. Ketinggian aras banjir adalah 7 kaki

Mangsa banjir bukan sahaja telah meninggalkan kesan kemusnahan harta benda tetapi ia juga telah melibatkan emosi mereka. Sehingga kehadiran kami mereka masih lagi menghadapi trauma. Ada juga diantara mereka yang menangis semasa menceritakan pengalaman mereka sewaktu banjir. Ada juga penduduk terutama peniaga yang menghadapi tekanan perasaann dan gila akibat kerugian yang ditanggung dalam perniagaan. Ini kerana pada banjir yang pertama iaitu pada bulan 12 tahun 2006 telah merosakkan harta benda. Kemudian mereka telah membeli barang baru untuk memulakan perniagaan kembali tetapi banjir besar telah berlaku sehingga memecahkan rekod dengan ketinggian aras air setinggi 7 kaki barang baru yang mereka beli telah musnah dan rosak kembali.

Ramai yang turut memberi sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah seorang yang pemurah. Tidak putus-putus bantuan yang dihulurkan termasuklah syarikat syarikat besar dan kecil di Malaysia. Ini dapat mengurangkan beban mereka. Walaupun mendapat sumbangan dari kerajaan dan pihak lain lain namun kemusnahan yang dialami oleh mereka masih tidak dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Dari segi pembahagian bantuan ramai penduduk yang berpuas hati dan tidak berpuas hati. Mereka yang berpuas hati kebanyakkannya menjadikan kejadian banjir sebagai satu fadhilat. Mereka berfikiran secara positif. Manakal mereka yang tidak berpuas hati kerana mereka merasa pembahagian yang dilakukan adalh tidak adil. Seperti dalam kata pepatah “pilih bulu”. Mereka yang seharusnya menerima bantuan tetapi tidak menerima. Ada juga mangsa banjir yng tercicir namanya yang menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan wang ihsan dari kerajaan. Kitidak puashatian ini boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan hilangnya perasaan hormat kepada pemimpin.

Pihak yang terbabit perlu menyiasat apa yang berlaku semasa pembahagian dilakukan. Ini kerana pengakuan dari pemimpin yang mengatakan bahawa terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dan segala bantuan yang dihulurkan tidak sampai kepada mangsa. Ini akan menjejaskan nama baik pihak kerajaan. “jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Pihak tertentu juga harus menyiasat kepada mereka yang menipu menjadi mangsa banjir. Perkara ini berlaku kerana penipu ini mempunyai rumah dikawasan yang ditenggelami air tetapi mereka menetap di tempat lain. Ini merugikan wang negara bahkan menganiaya mangsa yang sepatutnya menerima bantuan banjir.

Dari segi perbincangan yang dilakukan oleh wakil pemimpin kepada kami semua mendapati bahawa perancangan sedang dan akan dilakukan. Bagi saya perancangan untuk mengelakkan berlakunya banjir dan pemulihan dilakukan adalah sangat penting. Ini kerana dari pandangan saya Kota Tinggi kelihatan seperti sebuah kawasan yang lumpuh. Tidak banyak kedai yang dibuka dan tidak ramai penduduk seperti penduduk bandar yang berada di kawasan bandar lain. Perancangan pendalaman sungai dan pembaikkan kemudahan infrasruktur dan lain-lain yang sedang dilakukan adalah sangat bagus. Lebih cepat pembaikkan dilakukan adalh lebih baik. Ini kerana kita tidak mahu kehilangan pelabur asing. Pelabur asing adalah sangat penting. Ini kerana ketiadaan mereka sesebuah bandar itu akan lumpuh. Maka ramailah penduduk yang akan kehilang peluang pekerjaan dan hidup dalam kemiskinan.

Di Taman Kemang semasa kajian dilakukan terdapt banyak rumah kosong. Ini kerana mereka telah berpindah ke tempat yang lebih selesa dan tidak mahu menghadapi kerugian harta benda. Mereka inginkan keselesaan. Mereka tidak sanggup manghadapi banjir setiap tahun. Migrasi keluar ini akan merugikan sesuatu kawasan itu terutamanya apabila mereka yang berpindah itu terdiri daripada golongan yang professional. Maka sesuatu kawasan itu kehilangan tenaga mahir dan pakar. Kebanyakkan penduduk di Taman Kemang terdiri daripada buruh. Rumah mereka sangat tidak selesa untuk didiami. Namun mereka terpaksa kerana mereka tiada pilhan lain. “dimana bumi di pijak di situlah langit dijunjung” pendapatan mereka yang tidak seberapa juga telah menghalang mereka ke tempat yang lebih selesa. Perpindahan dari satu kawasan yang lain adalah sangat rumit dan memerlukan kos yang banyak. Apa yang mereka harapkan tidak akan berulang kembali banjir yang telah berlaku.

Oleh itu pihak yang tertentu haruslah bersungguh untuk membaikpulih dan melakukan segala projek yang dirancang dengan bersungguh sungguh tanpa mengambil kesempatan. Kesempatan yang diambil ini akann menyababkan perancangan yang dijalankan dan akan dijalankan tidak akan sempurna. Bahkan akan merugikan kerajaan. Bak kata pepatah melayu “Rumah siap pahat berbunyi. Kita seharusnya memahami perasaan mereka yang mengalami banjir. Mereka sangat kesian. Terpaksa hidup dalam keadaan berjaga – jaga dan segala aktiviti tidak dapat dilakukan dengan baik malah bolehh merugikan seseorang itu. Berilah mereka keselesaan agar mereka dapat hidup selesa seperti tempat lain.

Hasil kajian

Kumpulan kami melibatkan responden seramai 30 orang responden. Kesemua responden yang kami temui adalah penduduk di Taman Kemang.

Purata keputusan pada keseluruhan mengikut bahagian - bahagian tertentu adalah seperti berikut

Bahagian A

1) Kaum

Mereka terdiri daripada 18 orang melayu, 6 orang cina dan 6 orang India.

2) Agama
Kebanyakkan responden yang kami temui adalah beragama islam iaitu seramai 18 orang menganut agama Islam, 7 orang menganuti agama Budha dan 5 orang menganuti agama Kristian

3) Jantina

Seramai 20 orang responden adalah lelaki dan 10 orang adalah perempuan

4) Status
Responden seramai 27 orang telah berkahwin dan 3 orang adalah belum berkahwin

5) Pendapatan sebulan

Penduduk di Taman Kemang hanya berpendapatan RM500 hingga RM1000 sebulan. Seramai 3 orang berpendapatan sebanyak RM1000 hingga RM1500 dan RM1500 hingga RM2000 seramai dua orang sahaja

6) Taraf pendidikan

Majoriti penduduk di Taman Kemang mempunyai taraf pendidikan setaraf PMR sahaja. Bagi taraf pendidikan setaraf UPSR dan SPM hanya 7 orang hingga 8 orang sahaja.

7) Bilangan isi rumah

Kebanyak penghuni di Taman Kemang mempunyai bilangan isi rumah seramai 6 orang hingga 7 orang sahaja. Bagi bilangan isi rumah 4 orang hingga 5 orang seramai 9 orang responden, 2 orang hingga 3 orang pula seramai 3 orang responden, dan 0 orang hingga 1 orang pula seramai 2 orang responden.

8) Bilangan anak dalam keluarga

Bagi bilangan anak dalam keluarga pula, 0 orang hingga 1 orang seramai 4 orang responden, 2 orang hingga 3 orang seramai 6 orang responden, dan 4 orang hingga 5 orang pula seramai 20 orang responden. Majoriti penghuni di Taman Kemang mempunyai bilangan anak dalam keluarga adalah seramai 4 orang hingga 5 orang.

9) Bilangan anak yang masih bersekolah

Berdasarkan daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa majoriti bilangan anak yang masih bersekolah ialah 2 orang hingga 3 orang.

10) Bilangan anak yang sudah bekerja

Majoriti bilangan anak yang sudah bekerja seramai 1 orang hingga 2 orang sahaja.

11) Jenis pekerjaan

Buruh, suri rumah, peniaga dan pesara

Bahagian B

1) Jumlah pampasan yang diterima

Terdapat 4 peringkat pengagihan pampasan kepada penduduk. Jumlah pampasan pada tahap pertama dan kedua adalah sebanyak RM200, tahap ketiga RM500 dan tahap keempat sebanyak RM1100. Setiap tahap mempunyai kategori masing-masing walaupun semua tahap bantuan adalah berbentuk wang ehsan. Tahap pertama dan kedua merupakan bantuan dari segi keperluan diri sendiri “duit poket”. Tahap ketiga bantuan dari segi kerosakkan perabot. Manakala yang keempat merupakan bantuan kerosakkan harta benda. Jumlah keseluruhan pampasan yang diterima oleh pendududk Taman Kemang adalah sebanyak RM2000.

2) Tempoh tidak dapat pergi kerja

Oleh kerana majoriti mangsa terdiri daripada buruh maka tempoh mereka tidak dapat pergi bekerja adalah selama sebulan berikutan banjir yang telah melanda Johor sebanyak dua kali.

3) Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda

Oleh kerana pekerjaan mereka adalah buruh maka mereka tidak mendapat sebarang bantuan dan ehsan daripada pihak majikan.

Bahagian C

1) Jenis bantuan
Terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di Taman Kemang. Antaranya ialah makanan, kewangan, keperluan dapur, pakaian, keperluan anak yang bersekolah dan perubatan. Tiga daripada enam jenis bantuan iaitu kewangan, makanan dan keperluan dapur tersebut majoritinya diterima oleh mangsa di Taman Kemang. Manakala tiga jenis bantuan lagi hanya sesetengah mangsa sahaja yang memperolehinya. Ada di antara mangsa yang terpaksa pergi sendiri ke Klinik Dr.Fatimah untuk mendapatkan rawatan.

2) Pihak yang memberikan bantuan

Selain pihak kerajaan ada juga pihak atau badan bukan kerajaan yang turut serta menghulurkan bantuan untuk menolong mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor. Antara pihak yang menghulurkan bantuan ialah pihak swasta, ahli-ahli politik, dan ada juga persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian. Dato’ Halimah Sidek dan Dato’ Badri Razuki dari pihak UMNO juga telah memainkan peranan penting dalam menghulurkan bantuan. Hal ini kerana beliau sanggup pergi ke setiap rumah demi menjaga kebajikan penduduk di Taman Kemang supaya tidak terabai..

3) Cara pembahagian bantuan

Bantuan diberikan terus kepada mangsa dalam tempoh 2 hari selepas banjir bagi pihak kerajaan

4) Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir
Manakala ahli-ahli politik dan pihak lain mengambil tempoh satu minggu untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa. Persatuan beragama ini banyak menghulurkan bantuan dari segi keperluan rumah. Contohnya tilam, tikar, penyapu, dan mop lantai.

5)Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar)

Bagi mangsa yang terdiri daripada kalangan pelajar mendapat bantuan wang ehsan sebanyak RM 100 untuk pelajar sekolah rendah dan RM 200 untuk pelajar sekolah menengah. Boleh dikatakan 70% pelajar terlibat dengan banjir tersebut.

Bahagian D


1) Secara keseluruhan, adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan? Jika ya/tidak. Nyatakan

Bagi soalan ini kebanyakkan penduduk berpuashati. Ini kerana mereka dapat bantuan sepeti yang dijanjikan. Terdapat pihak Kristian yang datang ke rumah untuk memberi bantuan banjir seperti makanan dan minuman. Dari asegi makanan mereka sangatla berpuas hati. Banyak yang mereka terima seperti sardine, susu, beras gula dan sebagainya. Menurut mereka juga pembahagian makanan tidak dibahagi mengikut rumah tetapi secara berebutMereka juga pasrah dengan apa yang terjadi. Namun ada juga yang tidak berpuashati. Ini kerana pembahagian yang diberikan adalah tidak samarata antara satu sama lain.. Siapa yang cepat dia dapat. Mereka juag tidak berpuas hati apabila hanya pihak ahli jawatan kuasa yang menerima lebih banyak bantuan. Ada juga mangsa banjir yang tercicir namanya. Sepatutnya dapat tetapi tidak menerima bantuan tersebut. Ramai juga mangsa yang bukan mangsa banjir mengaku sebagai mangsa banjir kerana mereka mempunyai rumah di kawasan banjir walaupun mereka tidak menetap disitu.

2) Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?

Penduduk mencadangkan mendalamkan sungai dan memperluaskan system saliran yang sempit. Selain itu membuat tempat kawasan pembuangan sampah kerana tiada tempat pembuangn sampah yg khusus. Ini menyebakan penduduk ada yang membuang sampah di sunagi dan ada yang membuangnya di kawasan yang berhampiaran system saliran. Penduduk meminta mengeculikan system cukai pintu untuk beberapa tahun bagi menstabilakan kekdudukan ekonomi mereka. Pihak yang tertentu diminta membaipulih bangunan yang terbengkalai bagi memudahkan penduduk menggunakan bangunan yang tersebut sebagai tempat berniaga. Meminta kerajaan menyakinkan pelabur luar untuk melabur di Kota tinggi. Ini kerana kebanyakkan penduduk di Taman Kemang adalah buruh dan pesara. Mengadakan kursus usahawan industri kecil sederhana, seminar peruncitan, memberikan sudsidi terhadap peniaga dalam pengimportan kain, melonggarkan syarat-syarat pinjaman pinjaman dengan pihak bank, dan memperbanyakkan tempat berniaga.

Borang soal selidik

Kumpulan kami telah membahagikan borang soal selidik kepada 4 bahagian iaitu:

BAHAGIAN A. BIODATA

1) Jantina
2) Agama
3) Kaum
4) Status
5) Pendapatan sebulan
6) Taraf pendidikan
7) Bilangan isi rumah
8) Bilangan anak dalam keluarga
9) Bilangan anak yang masih bersekolah
10) Bilangan anak yang sudah bekerja
11) Jenis pekerjaan

B) Tandakan / pada jawapan yang berkenaan


1) Jumlah pampasan yang diterima
-RM500-RM1000
-RM1100-RM5000
-RM5100-RM10000
-RM10000 ke atas

2) Tempoh tidak dapat pergi kerja
-2 minggu
-1 bulan
-2 bulan ke atas

3) Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda
-Ya
-Tidak


BAHAGIAN C . Tandakan / pada jawapan yang berkenaan

1) Jenis bantuan
-Kewangan
-Makanan
-Pakaian
-Keperluan dapur
-Keperluan anak yang bersekolah
-Perubatan

2) Pihak yang memberikan bantuan
-Kerajaan
-Swasta
-Ahli-ahli politik
-Persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian

3) Cara pembahagian bantuan
-Terus kepada mangsa
-Melalui Majlis Daerah
-Berperingkat

4) Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir
-2 hari
-1 minggu
-2 minggu ke atas

5)Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar)
-RM100-RM200
-RM200-RM400
-RM400 ke atas

BAHAGIAN D

1) Secara keseluruhan, adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan?
Jika ya/tidak. Nyatakan.

2) Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?

Kertas Kerja Kajian Lapangan

Tajuk kajian: Impak banjir terhadap ekonomi penduduk Taman Kemang, Kota Tinggi Johor.

Tarikh kajian : 1 september hingga 3 September 2007

Hari : Sabtu hingga Isnin

Tempat kajian : Taman Kemang, Kota Tinggi, Johor

Pengenalan :

Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pusat membeli belah yang serba lengkap dan moden. Namun, dicelah-celah pembangunan yang pesat ini berlaku bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Banjir besar telah melanda Negeri Johor dan daerah yang paling teruk terjejas adalah daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2006 dan 11 Januari 2007.

Satu kajian kes lapangan akan dilakukan di Kota Tinggi, Johor bagi melihat impak banjir terhadap ekonomi penduduk terutama penduduk di Taman Kemang.

Objektif :

1) Mengenalpasti kegiatan ekonomi utama penduduk

2) Melihat kesan banjr terhadap ekonomi penduduk

3) Mengkaji sama ada kesan tersebut akan mempengaruhi pembangunan bandar atau sebaliknya

4) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk bagi menggelakkan kerugian yang lebih besar.

Metodologi Kajian :

1) Pemerhatian
2) Temubual
3) Borang soal selidik

Thursday, October 25, 2007

Soal Jawab di Majlis Pembandaran Kota Tinggi

Soal jawab telah melibatkan antara pelajar dengan Penolong Pegaawai Daerah Kota Tinggi iaitu Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin. Beliau telah sedikit sebanyak menerangkan tentang pemulihan semula Kota Tinggi setelah berlakunya banjir yang telah menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk.
Bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala sebelum berlakunya banjir besar Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini. Walaupun tidak dapat memulihkan kembali seperti sebelumnya tetapi pembaikpulih ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kedudukan dan kestabilan ekonomi di Kota Tinggi.
Antara langkah yang yang dijalankan serta akan dijalankan ialah kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 70 juta bagi membaik pulih keadaan Kota Tinggi serta menjadikan ia lebih maju lagi dari keadaan sediakala. Bagi mengelakkan berlakunya banjir kerajaan telah menjalankan projek bagi mengelakkan berlakunya banjir. Projek yang dilakukan ialah projek pendalaman sungai. Sungai yang sedia ada adalah cetek. Membesarkan system saliran dan membersihkan system saliran yang tersumbat akibat sampah atau bahan buangan.
Selain itu kerajaan akan membaikpulih kemudahan yang sedia ada. Mebaikpulih jambatan, jalan raya, kedai, pejabat, tempat perlancongan, dan sebagainya. Ini semua dilakukan adalah bertujuan untuk menarik minat pelabur untuk melabur di Kota Tinggi. Pendalaman sungai dilakukan adalah bertujuann untuk menyakinkan pelabur bahawa banjir tidak akan berlaku lagi. Ini adalah sangat penting kerana ekonomi penduduk telah lumpuh akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Kelumpuhan ekonomi akan menimbulkan banyak masalah kepada penduduk malahan negeri itu sendiri.
Bagi meringan beban penduduk atau mangsa banjir di Kota Tinggi terutama dikawasan Kajian kami iaitu penduduk Taman Kemang kerajaan telah memberi bantuan kewangan, perabot dan makanan bagi membantu mangsa banjir. Bantuan ini adalah bebentuk wang ehsan dann bukannya sebagai ganti rugi akibat kemusnahan. Menurut beliau lagi bantuan bukan sahaja semata-mata pihak kerajaan tetapi bantuan yang diterima adlah daripada pelbagai pihak. Seperti Syarikat besar di Malaysia atau Swasta. Bantuan yang diterima juga adalah dari rakyat Malaysia. Segala bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir.
Pihak kerajaan juga telah mengecualikan pembayaran cukai dan pihak MARA telah melupuskan hutang – hutang bumiputera mangsa Banjir. Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membina rumah PPRT dan kediaman mangsa semula. Sebanyak 300 unit buah rumah dibina untuk penempatan semula penduduk yang terlibat dengan banjir agar mangsa selamat dari gelombang banjir. Pembinaan penempatan telah dipertanggungjawabkan kepada Syarikat Perumahan Negara. Nilai sebuah rumah berharga RM46000 yang mana penduduk hanya perlu membayar RM25000 dan selebihnya kerajaan telah subsidikan. Syarikat Perumahan Negara telah melantik bank untuk berurusan dengan pihak penduduk dalam proses pembayaran rumah. Walaupun kerajaan telah sedaya upaya membina penempatan baru untuk penduduk tetapi ada segelintir penduduk yang enggan berpindah kerana penempatan mereka adalah di atas tanah milik mereka sendiri.

Sunday, October 21, 2007

kesan banjir terhadap ekonomi bandar

Kesan banjir kepada ekonbomi bandar ialah sangat banyak. Bandar Kota Tinggi selepas banjir bagaikan kampung di landa geruda. Pada awal kedatangan saya ke Kota Tinggi, tidak banyak kedai yang dibuka. Ini kerana pemilik premis masih lagi kerugian dan tidak dapat membuat pelaburan yang baru. Ada juga pemilik perniagaan yang gila.Tidak banyak pelabur yang datang melabur. Ini kerana mereka takut kerugian apabila datangnya banjir.

langkah memulihkan ekonomi kota tinggi

Pada hari terakhir kami telah pergi ke pejabat daerah kota tinggi untuk mengetahui maklumat lanjut. Kami telah bertemu dengan wakil pembandaran Kota Tinggi untuk bersoal jawab dengan kami semua.
Mengikut perancangan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70juta bagi meningkatkatkan ekonomi Kota tinggi pelbagai langkah sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antaranya ialah projek pendalaman Sungai. Ini bagi mengelakkan air melimpah naik ke daratan. Selain itu banyak kemudahan awam yang dibina dan dibaiki. Seperti jambatan jalan raya, bangunan kedai dan pejabat, tempat pelancongan dan sebagainya. Ini semua dilakukan untuk menyakinkan pelabur bahawa Kota tinggi tidak akan mengalami bencana lagi.

langkah memulihkan ekonomi kota tinggi

Pada hari terakhir kami telah pergi ke pejabat daerah kota tinggi untuk mengetahui maklumat lanjut. Kami telah bertemu dengan wakil pembandaran Kota Tinggi untuk bersoal jawab dengan kami semua.
Mengikut perancangan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM70juta bagi meningkatkatkan ekonomi Kota tinggi pelbagai langkah sedang dijalankan dan akan dijalankan. Antaranya ialah projek pendalaman Sungai. Ini bagi mengelakkan air melimpah naik ke daratan. Selain itu banyak kemudahan awam yang dibina dan dibaiki. Seperti jambatan jalan raya, bangunan kedai dan pejabat, tempat pelancongan dan sebagainya. Ini semua dilakukan untuk menyakinkan pelabur bahawa Kota tinggi tidak akan mengalami bencana lagi.

kesan banjir kepada ekonomi penduduk

Seprti mana yang kita sedia maklum bahawa setiap bencana yang dating akan memberi lebih banyak kesan buruk. Begitu juga dengan bencana banjir yang terpaksa dihadapi di Kota tinggi… banyak kemusnahan harta benda yang terpaksa dihadapi oleh penduduk.. kumpulan saya menjalankan kajian di Taman Kemang. Kesan banjir terhadap ekonomi penduduk.
Taman ini merupakan kawasan yang dinaikki air setinggi 5 kaki. Kedalaman atau ketinggian air ini telah menyebabakan banyak harta benda yang musnah. Contohnya peti sejuk, telivisyen, almari, kerusi dan banyak lagi. Mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda bila banjir yang kedua dating selepas seminggu banjir pertama. Tahun 2007 ini adalah banjir yang paling tinggi pernah direkod. Kebanyakkan penduduk di Taman ini bekerja sebagai buruh. Ada juga pekerja yang bekerja dengan kerajaan dan swasta.
Dari segi hasil kegiatan ekonomi tidak terlalu terjejas. Ini kerana mereka tiada hasil tanaman yang rosak. bidang pertanian bukan pekerjaan utama penduduk. Ekonomi yang terjejas ialah dari segi kemusnahan harta benda. Mereka boleh bekerja semula ke tempat asal mereka bkerja dalam beberapa mingu selepas banjir berlaku.
Kesan banjir kepada ekonomi bandar..
Kesan banjir kepada ekonbomi bandar ialah sangat banyak. Bandar Kota Tinggi selepas banjir bagaikan kampung di landa geruda. Pada awal kedatangan saya ke Kota Tinggi, tidak banyak kedai yang dibuka. Ini kerana pemilik premis masih lagi kerugian dan tidak dapat membuat pelaburan yang baru. Ada juga pemilik perniagaan yang gila.Tidak banyak pelabur yang datang melabur. Ini kerana mereka takut kerugian apabila datangnya banjir.

takde cyber cafe

di kampung saya tidak ada cyber cafe..
so agak susah untuk saya update blog setiap hari
saya terpaksa keluar dari pulau untuk mengemaskini blog..
em......

Tuesday, October 9, 2007

Jenis Bandar

Mengikut hoselitz, bandar dibahagikan kepada dua jenis yang terpenting.bandar cergas- ia bermaksud dalam bidang-bidang ekonomi yang banyak mendapat hasil serta pesat pembangunannya..Bandar parasit- ia bertentangan dengan fungsi bandar cergas. Bandar seperti ini memerlukan modal yang besar, menggunakan tenaga manusia, mengongkong corak kebudayaan. Ia tidak mempunyai kesan yang baik kepada lain-lain neagara serta hasil pengeluarannya terbatas.

kesan banjir kepada ekonomi penduduk Taman Kemangu

Seprti mana yang kita sedia maklum bahawa setiap bencana yang dating akan memberi lebih banyak kesan buruk. Begitu juga dengan bencana banjir yang terpaksa dihadapi di Kota tinggi… banyak kemusnahan harta benda yang terpaksa dihadapi oleh penduduk.. kumpulan saya menjalankan kajian di Taman Kemang. Kesan banjir terhadap ekonomi penduduk.

Taman ini merupakan kawasan yang dinaikki air setinggi 5 kaki. Kedalaman atau ketinggian air ini telah menyebabakan banyak harta benda yang musnah. Contohnya peti sejuk, telivisyen, almari, kerusi dan banyak lagi. Mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda bila banjir yang kedua dating selepas seminggu banjir pertama. Tahun 2007 ini adalah banjir yang paling tinggi pernah direkod. Kebanyakkan penduduk di Taman ini bekerja sebagai buruh. Ada juga pekerja yang bekerja dengan kerajaan dan swasta.

Dari segi hasil kegiatan ekonomi tidak terlalu terjejas. Ini kerana mereka tiada hasil tanaman yang rosak. bidang pertanian bukan pekerjaan utama penduduk. Ekonomi yang terjejas ialah dari segi kemusnahan harta benda. Mereka boleh bekerja semula ke tempat asal mereka bkerja dalam beberapa mingu selepas banjir berlaku.

kesan banjir kepada ekonomi penduduk Taman Kemangu

Seprti mana yang kita sedia maklum bahawa setiap bencana yang dating akan memberi lebih banyak kesan buruk. Begitu juga dengan bencana banjir yang terpaksa dihadapi di Kota tinggi… banyak kemusnahan harta benda yang terpaksa dihadapi oleh penduduk.. kumpulan saya menjalankan kajian di Taman Kemang. Kesan banjir terhadap ekonomi penduduk.

Taman ini merupakan kawasan yang dinaikki air setinggi 5 kaki. Kedalaman atau ketinggian air ini telah menyebabakan banyak harta benda yang musnah. Contohnya peti sejuk, telivisyen, almari, kerusi dan banyak lagi. Mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda bila banjir yang kedua dating selepas seminggu banjir pertama. Tahun 2007 ini adalah banjir yang paling tinggi pernah direkod. Kebanyakkan penduduk di Taman ini bekerja sebagai buruh. Ada juga pekerja yang bekerja dengan kerajaan dan swasta.

Dari segi hasil kegiatan ekonomi tidak terlalu terjejas. Ini kerana mereka tiada hasil tanaman yang rosak. bidang pertanian bukan pekerjaan utama penduduk. Ekonomi yang terjejas ialah dari segi kemusnahan harta benda. Mereka boleh bekerja semula ke tempat asal mereka bkerja dalam beberapa mingu selepas banjir berlaku.

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya