Friday, October 26, 2007

Hasil kajian

Kumpulan kami melibatkan responden seramai 30 orang responden. Kesemua responden yang kami temui adalah penduduk di Taman Kemang.

Purata keputusan pada keseluruhan mengikut bahagian - bahagian tertentu adalah seperti berikut

Bahagian A

1) Kaum

Mereka terdiri daripada 18 orang melayu, 6 orang cina dan 6 orang India.

2) Agama
Kebanyakkan responden yang kami temui adalah beragama islam iaitu seramai 18 orang menganut agama Islam, 7 orang menganuti agama Budha dan 5 orang menganuti agama Kristian

3) Jantina

Seramai 20 orang responden adalah lelaki dan 10 orang adalah perempuan

4) Status
Responden seramai 27 orang telah berkahwin dan 3 orang adalah belum berkahwin

5) Pendapatan sebulan

Penduduk di Taman Kemang hanya berpendapatan RM500 hingga RM1000 sebulan. Seramai 3 orang berpendapatan sebanyak RM1000 hingga RM1500 dan RM1500 hingga RM2000 seramai dua orang sahaja

6) Taraf pendidikan

Majoriti penduduk di Taman Kemang mempunyai taraf pendidikan setaraf PMR sahaja. Bagi taraf pendidikan setaraf UPSR dan SPM hanya 7 orang hingga 8 orang sahaja.

7) Bilangan isi rumah

Kebanyak penghuni di Taman Kemang mempunyai bilangan isi rumah seramai 6 orang hingga 7 orang sahaja. Bagi bilangan isi rumah 4 orang hingga 5 orang seramai 9 orang responden, 2 orang hingga 3 orang pula seramai 3 orang responden, dan 0 orang hingga 1 orang pula seramai 2 orang responden.

8) Bilangan anak dalam keluarga

Bagi bilangan anak dalam keluarga pula, 0 orang hingga 1 orang seramai 4 orang responden, 2 orang hingga 3 orang seramai 6 orang responden, dan 4 orang hingga 5 orang pula seramai 20 orang responden. Majoriti penghuni di Taman Kemang mempunyai bilangan anak dalam keluarga adalah seramai 4 orang hingga 5 orang.

9) Bilangan anak yang masih bersekolah

Berdasarkan daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa majoriti bilangan anak yang masih bersekolah ialah 2 orang hingga 3 orang.

10) Bilangan anak yang sudah bekerja

Majoriti bilangan anak yang sudah bekerja seramai 1 orang hingga 2 orang sahaja.

11) Jenis pekerjaan

Buruh, suri rumah, peniaga dan pesara

Bahagian B

1) Jumlah pampasan yang diterima

Terdapat 4 peringkat pengagihan pampasan kepada penduduk. Jumlah pampasan pada tahap pertama dan kedua adalah sebanyak RM200, tahap ketiga RM500 dan tahap keempat sebanyak RM1100. Setiap tahap mempunyai kategori masing-masing walaupun semua tahap bantuan adalah berbentuk wang ehsan. Tahap pertama dan kedua merupakan bantuan dari segi keperluan diri sendiri “duit poket”. Tahap ketiga bantuan dari segi kerosakkan perabot. Manakala yang keempat merupakan bantuan kerosakkan harta benda. Jumlah keseluruhan pampasan yang diterima oleh pendududk Taman Kemang adalah sebanyak RM2000.

2) Tempoh tidak dapat pergi kerja

Oleh kerana majoriti mangsa terdiri daripada buruh maka tempoh mereka tidak dapat pergi bekerja adalah selama sebulan berikutan banjir yang telah melanda Johor sebanyak dua kali.

3) Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda

Oleh kerana pekerjaan mereka adalah buruh maka mereka tidak mendapat sebarang bantuan dan ehsan daripada pihak majikan.

Bahagian C

1) Jenis bantuan
Terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir di Taman Kemang. Antaranya ialah makanan, kewangan, keperluan dapur, pakaian, keperluan anak yang bersekolah dan perubatan. Tiga daripada enam jenis bantuan iaitu kewangan, makanan dan keperluan dapur tersebut majoritinya diterima oleh mangsa di Taman Kemang. Manakala tiga jenis bantuan lagi hanya sesetengah mangsa sahaja yang memperolehinya. Ada di antara mangsa yang terpaksa pergi sendiri ke Klinik Dr.Fatimah untuk mendapatkan rawatan.

2) Pihak yang memberikan bantuan

Selain pihak kerajaan ada juga pihak atau badan bukan kerajaan yang turut serta menghulurkan bantuan untuk menolong mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor. Antara pihak yang menghulurkan bantuan ialah pihak swasta, ahli-ahli politik, dan ada juga persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian. Dato’ Halimah Sidek dan Dato’ Badri Razuki dari pihak UMNO juga telah memainkan peranan penting dalam menghulurkan bantuan. Hal ini kerana beliau sanggup pergi ke setiap rumah demi menjaga kebajikan penduduk di Taman Kemang supaya tidak terabai..

3) Cara pembahagian bantuan

Bantuan diberikan terus kepada mangsa dalam tempoh 2 hari selepas banjir bagi pihak kerajaan

4) Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir
Manakala ahli-ahli politik dan pihak lain mengambil tempoh satu minggu untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa. Persatuan beragama ini banyak menghulurkan bantuan dari segi keperluan rumah. Contohnya tilam, tikar, penyapu, dan mop lantai.

5)Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar)

Bagi mangsa yang terdiri daripada kalangan pelajar mendapat bantuan wang ehsan sebanyak RM 100 untuk pelajar sekolah rendah dan RM 200 untuk pelajar sekolah menengah. Boleh dikatakan 70% pelajar terlibat dengan banjir tersebut.

Bahagian D


1) Secara keseluruhan, adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan? Jika ya/tidak. Nyatakan

Bagi soalan ini kebanyakkan penduduk berpuashati. Ini kerana mereka dapat bantuan sepeti yang dijanjikan. Terdapat pihak Kristian yang datang ke rumah untuk memberi bantuan banjir seperti makanan dan minuman. Dari asegi makanan mereka sangatla berpuas hati. Banyak yang mereka terima seperti sardine, susu, beras gula dan sebagainya. Menurut mereka juga pembahagian makanan tidak dibahagi mengikut rumah tetapi secara berebutMereka juga pasrah dengan apa yang terjadi. Namun ada juga yang tidak berpuashati. Ini kerana pembahagian yang diberikan adalah tidak samarata antara satu sama lain.. Siapa yang cepat dia dapat. Mereka juag tidak berpuas hati apabila hanya pihak ahli jawatan kuasa yang menerima lebih banyak bantuan. Ada juga mangsa banjir yang tercicir namanya. Sepatutnya dapat tetapi tidak menerima bantuan tersebut. Ramai juga mangsa yang bukan mangsa banjir mengaku sebagai mangsa banjir kerana mereka mempunyai rumah di kawasan banjir walaupun mereka tidak menetap disitu.

2) Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?

Penduduk mencadangkan mendalamkan sungai dan memperluaskan system saliran yang sempit. Selain itu membuat tempat kawasan pembuangan sampah kerana tiada tempat pembuangn sampah yg khusus. Ini menyebakan penduduk ada yang membuang sampah di sunagi dan ada yang membuangnya di kawasan yang berhampiaran system saliran. Penduduk meminta mengeculikan system cukai pintu untuk beberapa tahun bagi menstabilakan kekdudukan ekonomi mereka. Pihak yang tertentu diminta membaipulih bangunan yang terbengkalai bagi memudahkan penduduk menggunakan bangunan yang tersebut sebagai tempat berniaga. Meminta kerajaan menyakinkan pelabur luar untuk melabur di Kota tinggi. Ini kerana kebanyakkan penduduk di Taman Kemang adalah buruh dan pesara. Mengadakan kursus usahawan industri kecil sederhana, seminar peruncitan, memberikan sudsidi terhadap peniaga dalam pengimportan kain, melonggarkan syarat-syarat pinjaman pinjaman dengan pihak bank, dan memperbanyakkan tempat berniaga.

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya