Wednesday, September 26, 2007

Pembangunan bandar menyebabkan kesibukkan bandar


Kawasan yang membangun pastinya sebuah kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi yang pesat. Semua tertumpu di kawasan bandar ini..contohnya tempat membeli belah, pejabat dan sebagainya..orang ramai akan tertumpu dikawasan ini untuk memenuhi keperluan hidup seperti mendapatkan makanan, bekerja, membeli belah dan sebagainya. Tumpuan orang ramai telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas, orang ramai berasak-asak, kebisingan bunyi suara dan kenderaan dan sebagainya. Orang yang datang ini bukan sahaja penduduk di bandar tetapi luar bandar juga...terdapat juga golongan pendatang asing yang bekerja di Malaysian Kesibukkan ini akan lebih terasa ketika hujung minggu..sehingga sampai satu tahap pengunjung yang ramai hadir ialah pendatang asing dari pelbagai negara...contohnya KLCC di Kuala Lumpur.

Kesan pembangunan bandar terhadap sistem saliran dikawasan tersebut..

Pembangunan bandar telah memnyebabkan sistem saliran di kawasan bandar menjadi kecil...jika hujan turun dengan lebat sesebuah bandar boleh banjir..Contohnya yang berlaku di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lepas...disebabkan pembangunan yang pesat sistem saliran air tidak dapat berjalan dengan baik..hujan yang turun telah mengakibatkan banjir kilat...salah satu faktor boleh berlakunya banjit kilat ini ialah tiada permukaan yang boleh menyerap air seperti tanah..ini kerana tanah telah ditutup dengan jalan yang berturap.....walaubagaimanapun pihak kerajaan telah mengambil langkah yang bijak bagi mengatasi masalah ini di Kuala Lumpur iaitu dengan membuat terowong bawah tanah.........................

Kesan pembangunan bandar terhadap sosial

Pembangunan bandar telah mewujudkan dua keadaan iaitu kebaikkan dan keburukan...jika dilihat dari aspek sosial pembangunan bandar telah mencetuskan lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan...masyarakat yang hidup di bandar dikelilingi oleh kemodenan seperti telivisyen,komputer, telefon bimbit dan sebagainya...oleh kerana zaman kini adalah zaman dunia tanpa sempadan maka mudahlah bagi unsur-unsur yang berupa kebaratan masuk ke Malaysia. Dapat dikatkan dengan kemodenan harta benda tadi maka remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat seperti cara pemakaian, bahasa, budi bahasa dan sebagainya...selain itu masalah sosial yang lain ialah kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya...kos hidup yang tinggi di bandar telah memaksa masyarakat untuk melakukan jenayah bagi memperolehi wang...di bandar wang adalah segala-galanya..tanpa wang masyarakat tidak boleh hidup..

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya