Tuesday, September 4, 2007

field work hari ke 2

02/09/2007 ahad
kami di suruh berkumpul pada jam 9.00 pagi untuk memulakan kerja lapangan di kawasan yang telah dirancang. kumpulan saya memilih kawasan atau penduduk di Taman Kemang. JarakTaman Kemang dengan hotel yang kami tinggal tidak jauh. dalam masa 5minit kami telah tiba ke destinasi..pelajar yang menjadikan kawasan Taman Kemang sebagai penyelidikan tidak ramai..dalam lingkungan 11 orang..6orang dari tahun 2 dan 5 oarang dari tahun 3..kumpulan saya kami berpecah kepada 2. Ia bagi memudahkan soal selidik dan menjimatkan masa. saya dan Lisa manakala Jumriati dan Tuan. kami telah menemuramah seramai 21 orang penduduk Taman Kemang. bakinya kami telah menemuramah penduduk Taman Kemang yang pergi ke Bandar pada hari semalam. Kebanyakkan penduduk di Taman Kemang sangat mesra dan peramah. Mereka menjawab semua soalan yang ditanya dengan baik.Banyak ketidakpuashatian penduduk yang diceritakan kepada kami. Kami telah menjadi pendengar yang baik...ada juga rumah yang telah memberi kami minuman dan ada juga yang memperlawa kami makan..kami menerima dengan baik..Kerja kami dalam menemu ramah dan memberikan sola selidik kepada penduduk yelah siap pada jam 11.58pagi. bas telah menunggu kami. saya kumpulan terakhir yang saip kerja..kemudian kami balik ke hotel..kami juga diberitahu untuk makan angin di Desaru atau Air Terjun Kota Tinggi dibatalkan..ini kerana cuaca tidak mengizinkan...aktiviti itu telah diganti pergi ke rumah kakak tahun 3. keluarga kakak itu tinggal di Felda Tawar 4..kami bertolak pada jam 5.00petang dan kembali bertolak ke hotel pada jam 7.15petang...kami telah disaji dengan makanan kuh donat,karipap,pisang goreng,ubi goreng dan air teh..dalam perjalanan pulang kami telah singgah di pasar malam...kami tiba di Hotel pada jam 8.45malam.. kemudia selepas itu aktiviti bebas..saya telah membuat perbincangan kumpulan tentang soalan yang akan di tanya pada pegawai yang berada di Majlis Perbandaran Kota tinggi...kemudian kami pun tidur kerana terlalu letih...zzzzzz

Monday, September 3, 2007

field work hari pertama

01/09/20007 sabtu...
pada pukul 8.00a.m kami semua berkumpul di foyer FSSK. pada hari ini kami akan pergi ke KOta TInggi untuk membuat kajian lapangan. tidak semua pelajar berkumpul di foyer ini.. ada juga yang berkumpul diKolej Kriss Mas dan Za'ba. ini bagi memudahkan pelajar untuk bertolak. Kolej ini jauh dari FSSK. bas tiba lewat..lebih kurang jam 9.00a.m kami pun bertolak..oleh kerana ramai yang belum sarapan pada waktu pagi..jadi kami telah berhenti di Seremban. kemudia kami meneruskan perjalanan....semasa di dalam bas ramai juga pelajar yang tido dibuai mimpi. semasa itu hujan turun.. pemandu bas membawa bas dengan berhati-hati dan tidak laju...kami tiba di Kota Tinggi pad jam 1.30p.m.. sebelum chek in kami diberi waktu untuk makan...makanan di sana agak mahal..perempuan tinggal di hotel Pilto manakala lelaki di hotel Wilson... pembahagian kunci bilik dilakukan olah Kak Dina... kami diberi waktu sehingga 3.30 untuk berkumpul bagi memulakan keja lapangan...kita merancang tuhan yang menentukan...aktiviti dibatalkan kerana cuaca mendung...bagi kumpulan kami, kami menjalankan soal silidik...kami mencari penduduk Taman Kemang yang berada di Bandar. agak sukar untuk berjumpa...akhirnya dapat juga kami temui penduduk yang berada di bandar setelah penat bertanya...mereka sangat memberi kerja sama...pada jam 6.00 petang hujan turun maka kami pun balik ke bilik...pada waktu malam kami berbincang untuk hari esok dan membuat pengemaskinian. kemudia kami keluar untuk mendapatkan makan. kami makan di Restoran Ajmeer.kemuadian kami balik bilik. pada jam 11.00 malam kak Dina memastikan anak buahnya berada di bilik kerana dia sangat risau akan keselamatan anak buahnya....pada malam itu kami tidur awal..dalam bilik kami terdiri dari 6 orang. maka salah seorang dari kami terpaksa tidur dilantai...kami jadikan kain selimut bagi dijadikan alas tidur...hotel itu agak selesa...

merdeka

31/08/2007 jumaat
pada tarikh ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-50.perayaan besar besaran diadakan di Dataran Merdeka.saya hanya menyambut di kolej sahaja. ini kerana pada keesokkan harinya saya akan pergi ke Kota Tinggi untuk membuat kerja lapangan. Kawan-kawan ramai yang balik kampung. rasa sedih pun ada.tapi nak buat macam mana dah tugasan....Kolej sangat sunyi...jadi saya gunakan masa yang ada untuk mengemas barang-barang sebagai persediaan ke KOta Tinggi.
Saya juga menyemak kembali soalan-soalan yang hendak ditanya pada pihak yang terlibat untuk dijadikan sumber kedua dalam kajian yang akan dijalankan selain kaedah temu bual dan pemerhatian... kepada semua rakyat MALAYSIA selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50. Janganlah terlalu leka dengan kemewahan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang...Walaupun Malaysia telah maju dan banyak kawasan yang telah membangun jangan lah leka kerana Orang luar sentiasa memandang untuk memiliki.Ingatlah sejarah kita .Betapa susahnya untuk merdeka..jangan sis-siakan...MERDEKA.....MERDEKA....MERDEKA

Wednesday, August 29, 2007

tallimat field work

29/8/2007
pada malam tersebut telah diadakan mesyuarat bersama Prof.Hamzah, ahli jawatan kuasa dan ketua bagi setiap kumpulan yang akan pergi ke Kota Tinggi pada 1/09/2007 sehingga 3/09/2007. kami diberi taklimat tentang masa atau jadual perjalanan, penginapan dan apa yang perlu dilakukan. taklimat tersebut diberikan oleh kletua pengarah projek tahun tiga iaitu Kak Dina. Kak Dina sangat cekap dalm menjalankan tugasnya. mesyuarat bermula pada jam 9.00pm dan berakhir pada jam 10.00pm. segala maklumat yang diberikan adalah jelas.

perbincangan

27/8/2007
dalam class kami membincangkan tentang soalan – soalan yang akan ditanya pada mangsa banjir. Selain itu mendengar taklimat tentang persediaan dan aktiviti yang akan dilakukan di sana. Maklumat belum diberi secara jelas kerana ada sedikit kekeliruan maklumat. Kami telah diminta untuk membayar sebanyak RM30.00 sebagai bayaran utuk penginapan dan lain lain.

Monday, August 27, 2007

punca banjir

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan berkata punca Kota Tinggi teruk dilanda banjir bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi juga kerana air yang dilepaskan dari kawasan tadahan di kawasan hutan simpan di sekelilingnya.Menurutnya, keadaan topografi daerah itu telah menjadikan Kota Tinggi ‘perangkap banjir’, dan sekaligus menenggelamkan keseluruhan bandar tersebut.Menurut seorang aktivis tempatan, masalah tersebut ada kaitan dengan kewujudan kawasan takungan air di Linggiu, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kota Tinggi.Beliau mendakwa “kawasan takungan rahsia milik kerajaan Singapura” itu turut menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir yang menenggelamkan Kota Tinggi. Bagaimanapun, Singapura menafikannya.“Pertama-tamanya, lokasi kawasan takungan itu adalah salah. Ia mewujudkan bahaya kepada bandar dan perkampungan di sekitar kawasan tersebut,” kata Zaaba Abdul Samad ketika ditemui malaysiakini baru-baru ini.Berbekal peta topografi kawasan tersebut, Zaaba menunjukkan paras kawasan takungan itu terletak lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.

perbincangan

27/8/2007
dalam class kami membincangkan tentang soalan – soalan yang akan ditanya pada mangsa banjir. Selain itu mendengar taklimat tentang persediaan dan aktiviti yang akan dilakukan di sana. Maklumat belum diberi secara jelas kerana ada sedikit kekeliruan maklumat. Kami telah diminta untuk membayar sebanyak RM30.00 sebagai bayaran utuk penginapan dan lain lain.

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya