Monday, August 27, 2007

punca banjir

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan berkata punca Kota Tinggi teruk dilanda banjir bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi juga kerana air yang dilepaskan dari kawasan tadahan di kawasan hutan simpan di sekelilingnya.Menurutnya, keadaan topografi daerah itu telah menjadikan Kota Tinggi ‘perangkap banjir’, dan sekaligus menenggelamkan keseluruhan bandar tersebut.Menurut seorang aktivis tempatan, masalah tersebut ada kaitan dengan kewujudan kawasan takungan air di Linggiu, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kota Tinggi.Beliau mendakwa “kawasan takungan rahsia milik kerajaan Singapura” itu turut menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir yang menenggelamkan Kota Tinggi. Bagaimanapun, Singapura menafikannya.“Pertama-tamanya, lokasi kawasan takungan itu adalah salah. Ia mewujudkan bahaya kepada bandar dan perkampungan di sekitar kawasan tersebut,” kata Zaaba Abdul Samad ketika ditemui malaysiakini baru-baru ini.Berbekal peta topografi kawasan tersebut, Zaaba menunjukkan paras kawasan takungan itu terletak lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya