Sunday, August 26, 2007

kematian

Menurut sumber yang boleh dipercayai terdapat beberapa orang yang menjadi mangsa korban banjir di Kota Tinggi. Berita kematian ini tidak dihebahkan antara yang mangsa yang terkorban ialah mayat wanita warga tua yang berusia lingkungan 50 tahun bernama Aw Kee Han. Berasal dari Kampung Tembiuh. Mayat itu dijumpai di terapung-apung di celah-celah perabot di dalam rumahnya selepas dipercayai ditinggalkan bersendirian sewaktu anggota keluarganya berpindah.

Selain itu mangsa yang seterusnya ialah Mohd Azahari, 27, Ahmad Sarkawi, 70, dan Masiah Ahmad, 69 kesemuanya ditemui di Kampung Jawa. Seorang lagi yang mati adalah guru M. Mageswari, 26 yang pada mulanya dilaporkan hilang apabila kereta yang dipandunya dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Semberong, 6 pagi semalam. Turut maut dalam kejadian itu dipercayai bapa saudara wanita itu yang dikenal pasti sebagai A. Muniandy.

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya