Wednesday, August 15, 2007

Background Kota Tinggi




Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.

Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar. Terdapat juga beberapa buah bandar baru yang telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Bandar Mas, Petri Jaya dan Bandar Perani.
Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA. Daerah ini terkenal dengan tarikan kawasan pelancongan dan sejarah yang menarik dengan tinggalan artifak yang amat bernilai. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi.

Kawasan Pilihanraya daerah ini terbahagi kepada 3 kawasan Parlimen dan 6 kawasan DUN iaitu kawasan Parlimen Kota Tinggi yang terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedli dan Johor Lama. Parlimen Tenggara iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti dan Pasir Raja. Manakala kawasan pilihanraya Parlimen Pengerang pula ialah Dewan Undangan Negeri Penawar dan Tanjung Surat.

No comments:

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya