Wednesday, August 15, 2007

thanks from flood victim


Segala penghargaan ini dipetik dari sumber BERNAMA


Mangsa Banjir: Ismail Ahmad, 58tahun dari Taman Kemang

Beliau sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu beliau dari segi kewangan...Kejadian banjir telah menyebabkan segala perkakas rumah hanyut dan tiada satu barang pun yang tinggal..segala sumbangan yang diberikan oleh kerajaan akan beliau gunakan untuk membeli perkakas rumah


Mangsa Banjir: Azizah Osman, 70tahun (Warga Emas) dari Kg Kelantan

Warga emas ini tinggal bersama anak lelaki dan cucunya...bagi beliau segala bantuan kewangan yang diperolah dari kerajaan beliau sangat berterima kasih..wang bantuan ehsan akan digunakan untuk membeli sedikit keperluan seperti almari, pakaian, barang dan dan sebagainya..Untuk membeli peralatan elektrik beliau tidak mampu lagi...Menurutnya lagi, beliau tidak akan berpindah walaupun banjir teruk..ini kerana beliau merasakan akan menghadapi kesulitan apabila berpindah


Mangsa Banjir: Chin Chin Keoh, 45 dari Taman Kuso

Mangsa ini juga akn membelanjakan wang ehsan dari kerajaan untuk membeli perkakas rumah yang penting-penting..Bagi beliau inilah pertama kali beliau mendapat wang ehsan..wang yang diterima adalah sebanyak RM200. Beliau sangat memahamio kesulitan pihak kerajaan dalm pengagihan wang..beliau sangat menghargai segala pemberian dari pihak kerajaan walaupun lambat menerima bantuan..

good reflection from MARA


Mara lupus 55 hutang usahawan mangsa banjir

Menurut laporan berita Utusan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju untuk melupuskan 55 penghutang mangsa banjir yang berhutang RM1.26juta. Pengerusi jawatan kuasa Pembangunan Usahawan dan Kopeasi Negeri, Samat aripin mengatakan langkah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi usahawan Melayu kecil kembali aktif untuk berniaga selepas banjir. Kata beliau lagi sebanyak 21 usahawan mangsa banjir di Arkid diberi insentif dan galakkan promosi sebanyak RM126,000. MARA juga membuat pengeculian premis selama enam bulan yang membabitkan RM4982

Background Kota Tinggi




Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.

Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar. Terdapat juga beberapa buah bandar baru yang telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Bandar Mas, Petri Jaya dan Bandar Perani.
Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA. Daerah ini terkenal dengan tarikan kawasan pelancongan dan sejarah yang menarik dengan tinggalan artifak yang amat bernilai. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi.

Kawasan Pilihanraya daerah ini terbahagi kepada 3 kawasan Parlimen dan 6 kawasan DUN iaitu kawasan Parlimen Kota Tinggi yang terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedli dan Johor Lama. Parlimen Tenggara iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti dan Pasir Raja. Manakala kawasan pilihanraya Parlimen Pengerang pula ialah Dewan Undangan Negeri Penawar dan Tanjung Surat.

Friday, August 10, 2007

PSIKOLOGI

Penduduk telah mengalami trauma sehingga mereka takut apabila hujan turun. Ada juga kanak-kanak yang trauma sehingga tidak mah ke sekolah dan bermain dengan air. Trauma yang lebih dasyat ialah kepada peniaga-peniaga. Mereka talah mengalami kerugian yang sangat besar. Sihingga ada yang gila dan lebih dasyat lagi membunuh diri. Ini kerana selepas banjir pertama disembark 2006 mereka telah membuat pinjaman baru untuk memulakan perniagaan kembali. Kejadian banjir kali kedua pada januari 2006 telah mengakibatkan peratan yang dibeli telah menaglami kerosakkan. Walaupun dapt bantuan kerajaan, namun belum mencukupi untuk membayar hutang yang banyak.

kejadian banjir di kota tinggi

Kejadian banjir di Kota Tinggi telah menjadi kebiasaan kepada penduduk. Sebelum banjir pada tahun 2006 dan 2007 banjir yang dikira agak teruk telah berlaku pada tahun 1984. namun rekod ini telah diatasi oleh kejadian banjir pada Disember 2006. Rekod ini juga telah diatasi dengan kejadian banjir pada Januari 2007. Tempoh kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2006 dan 2007 adalah selama seminggu. Pada ketika itu penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing.mereka ingat tidak akan lagi berlaku banjir. Air mula naik pada jam 3.00a.m. Mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan terus lari menyelamatkan diri sehelai sepinngang. Ketinggian air antara 7 hingga 15 kaki.

Monday, July 30, 2007

KATA ALUAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Kepada semua pelawat blog ini...

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog ini...
Blog ini menceritakan dan memaparkan tragedi banjir yang berlaku di Kota Tinggi pada awal tahun 2007. Segala maklumat tentang tragedi banjir di Kota Tinggi ini akan diterangkan di laman blog ini...
Sekiranya anda mempunyai pendapat atau pengalaman untuk di kongsi bersama pelawat-pelawat yang lain boleh menaipnya di ruang yang telah disediakan....

shoutbox

banjir di kota tinggi

iklan raya

iklan raya