Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts
Monday, August 27, 2007
punca banjir
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan berkata punca Kota Tinggi teruk dilanda banjir bukan disebabkan oleh hujan lebat tetapi juga kerana air yang dilepaskan dari kawasan tadahan di kawasan hutan simpan di sekelilingnya.Menurutnya, keadaan topografi daerah itu telah menjadikan Kota Tinggi ‘perangkap banjir’, dan sekaligus menenggelamkan keseluruhan bandar tersebut.Menurut seorang aktivis tempatan, masalah tersebut ada kaitan dengan kewujudan kawasan takungan air di Linggiu, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Kota Tinggi.Beliau mendakwa “kawasan takungan rahsia milik kerajaan Singapura” itu turut menjadi penyumbang utama kepada kejadian banjir yang menenggelamkan Kota Tinggi. Bagaimanapun, Singapura menafikannya.“Pertama-tamanya, lokasi kawasan takungan itu adalah salah. Ia mewujudkan bahaya kepada bandar dan perkampungan di sekitar kawasan tersebut,” kata Zaaba Abdul Samad ketika ditemui malaysiakini baru-baru ini.Berbekal peta topografi kawasan tersebut, Zaaba menunjukkan paras kawasan takungan itu terletak lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya.
Sunday, August 26, 2007
kematian
Menurut sumber yang boleh dipercayai terdapat beberapa orang yang menjadi mangsa korban banjir di Kota Tinggi. Berita kematian ini tidak dihebahkan antara yang mangsa yang terkorban ialah mayat wanita warga tua yang berusia lingkungan 50 tahun bernama Aw Kee Han. Berasal dari Kampung Tembiuh. Mayat itu dijumpai di terapung-apung di celah-celah perabot di dalam rumahnya selepas dipercayai ditinggalkan bersendirian sewaktu anggota keluarganya berpindah.
Selain itu mangsa yang seterusnya ialah Mohd Azahari, 27, Ahmad Sarkawi, 70, dan Masiah Ahmad, 69 kesemuanya ditemui di Kampung Jawa. Seorang lagi yang mati adalah guru M. Mageswari, 26 yang pada mulanya dilaporkan hilang apabila kereta yang dipandunya dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Semberong, 6 pagi semalam. Turut maut dalam kejadian itu dipercayai bapa saudara wanita itu yang dikenal pasti sebagai A. Muniandy.
Selain itu mangsa yang seterusnya ialah Mohd Azahari, 27, Ahmad Sarkawi, 70, dan Masiah Ahmad, 69 kesemuanya ditemui di Kampung Jawa. Seorang lagi yang mati adalah guru M. Mageswari, 26 yang pada mulanya dilaporkan hilang apabila kereta yang dipandunya dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Semberong, 6 pagi semalam. Turut maut dalam kejadian itu dipercayai bapa saudara wanita itu yang dikenal pasti sebagai A. Muniandy.
Friday, August 10, 2007
PSIKOLOGI
Penduduk telah mengalami trauma sehingga mereka takut apabila hujan turun. Ada juga kanak-kanak yang trauma sehingga tidak mah ke sekolah dan bermain dengan air. Trauma yang lebih dasyat ialah kepada peniaga-peniaga. Mereka talah mengalami kerugian yang sangat besar. Sihingga ada yang gila dan lebih dasyat lagi membunuh diri. Ini kerana selepas banjir pertama disembark 2006 mereka telah membuat pinjaman baru untuk memulakan perniagaan kembali. Kejadian banjir kali kedua pada januari 2006 telah mengakibatkan peratan yang dibeli telah menaglami kerosakkan. Walaupun dapt bantuan kerajaan, namun belum mencukupi untuk membayar hutang yang banyak.
kejadian banjir di kota tinggi
Kejadian banjir di Kota Tinggi telah menjadi kebiasaan kepada penduduk. Sebelum banjir pada tahun 2006 dan 2007 banjir yang dikira agak teruk telah berlaku pada tahun 1984. namun rekod ini telah diatasi oleh kejadian banjir pada Disember 2006. Rekod ini juga telah diatasi dengan kejadian banjir pada Januari 2007. Tempoh kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2006 dan 2007 adalah selama seminggu. Pada ketika itu penduduk sudah kembali ke rumah masing-masing.mereka ingat tidak akan lagi berlaku banjir. Air mula naik pada jam 3.00a.m. Mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan terus lari menyelamatkan diri sehelai sepinngang. Ketinggian air antara 7 hingga 15 kaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)
